ampu I

mengampu
1. [sastera lama] menahan di bawah (dengan telapak tangan), menyokong dari bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dan sebagainya):
kain baju diampu oleh hamba raja;

2. [sastera lama] = mengampukan memerintah (negeri, kerajaan):
yang pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh;

3. [kiasan] mengangkat, menyanjung (untuk menyukakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya):
siapa yang pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya;
~ bodek
[bahasa kasar] mengangkat (supaya mendapat sesuatu);

pengampu
1. penahan, penyangga, penyokong;
~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang;

2. orang yang memerintah negeri;

3. orang yang menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua;

4. orang yang mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yang mengampu.

ampuh I

[Jawa] bertuah, mujarab, sakti:
keris yang ~;

keampuhan kesaktian, kemujaraban:
aku terbangun daripada ~ doa yang diucapkan oleh hati pasrah.

ampuh II

[Minangkabau]

1. bah, banjir, lembak, sebak;
air ~ air bah;

2. hanyut:
padinya ~ oleh banjir;

mengampuhkan menggenangi, melembak;
~ sawah mengairi sawah;

keampuhan tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan.

ampuk I

[kata seru] tidak kena pada sasaran dari arah yang dilepaskan:
bola yang di atas botol itu tidak jatuh kerana tembakan peluru gabusnya ~.

ampul II

[Sabah] berkenaan kayu (papan dan lain-lain) yang ringan, lembut, dan dapat timbul di permukaan air.