amuk

beramuk
1. = mengamuk;

2. [sastera lama] = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, dan sebagainya) menentang musuh, bertikam:
maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dengan Feringgi;

3. berkecamuk, kacau, bergelora;
~ fikirannya kacau fikirannya;

beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman;

mengamuk
1. menyerang dengan membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dan lain-lain) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yang ditemui:
orang yang ~ itu akhirnya tertangkap;

2. [kiasan] berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat:
taufan ~;
penyakit taun ~;
di sana sini guntur ~;

3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dan sebagainya) dengan hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan):
orang minyak ~ lagi;

4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar):
minta duit pada emaknya, kalau tak dapat, ~;

mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk:
~ tentera dengan musuh;

pengamukan perihal (perbuatan dan lain-lain) mengamuk atau mengamukkan;

pengamuk orang yang mengamuk (menyerang orang dan lain-lain).

amunisi

peluru, roket, misil, bom dan sebagainya yang biasanya ditembakkan atau dilancarkan daripada sesuatu senjata.

anabolisme

(Biologi) pembinaan sebatian kompleks daripada bahan ringkas dengan menggunakan tenaga, misalnya pembinaan protein daripada asid amino.

anaerob

(Biologi) organisma yang tidak memerlukan oksigen atmosfera atau udara untuk hidup.

anafora

(Kesusasteraan) pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan beberapa kalimat atau klausa yang berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu.