diastole

(Perubatan) tempoh pengembangan ventrikel jantung yang berlaku antara bunyi yang kedua dengan bunyi yang pertama pada jantung.

diat I

[Arab] [sastera lama] denda (pampasan) yang harus dibayar kerana melukai atau membunuh orang dan lain-lain:
berapa dapat kamu keluarkan ~ akan Abdullah?

mendiatkan membayar diat:
patut engkau diatkan nyawa anak memerang itu.

diayah

penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dan sebagainya) untuk mendapat sokongan, propaganda:
anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam untuk mengembangkan ~ mereka;

mendiayahkan menyebarkan diayah, mempropagandakan;

pendiayahan perbuatan menyebarkan diayah;

pendiayah orang yang menjalankan kegiatan diayah:
~ komunis perlu diawasi.

dibab

[Perak] tampar sayang (geram dan lain-lain);

mendibab menampar kerana sayang (geram dan lain-lain).

didaktisisme

unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberikan pendidikan (terutamanya dari segi moral, etika, atau soal-soal keagamaan).

didal

sarung jari daripada logam dan lain-lain (untuk melindungi hujung jari ketika menjahit), jidal.