diakoni

[Indonesia-Belanda] dewan tempat menguruskan hal orang miskin dalam agama Kristian.

diakritik

(Linguistik);
tanda ~ tanda yang dipakai untuk memperbezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf:
dalam ejaan baru, tanda ~ di atas e bagi melambangkan e pepet ditiadakan.

diakronik

meninjau sesuatu hal daripada sudut sejarah perkembangannya (berkenaan (dengan) kajian, penyelidikan, dan sebagainya);
kaji bahasa ~ pengkajian perkembangan bahasa.

dialek

satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain):
~ Kelantan;
~ Kedah;
~ sosial
(Linguistik) variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana.

dialektik

seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan:
tentu sahaja engkau tidak mengerti soal ini, kerana engkau tidak berfikir secara ~.

dialisis

(Kimia) proses memisahkan sebatian yang terlarut berasaskan kadar resapan sebatian itu melalui membran separa telap;

mendialisis memisahkan sesuatu (sebatian dan sebagainya) secara dialisis.

dialog

1. kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen:
pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah;

2. karya sastera dalam bentuk perbualan;

3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya:
satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dengan wakil rakyat mereka;
kami mengadakan ~ dengan pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga;

berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka:
mereka ~ dengan wakil-wakil dari Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol.

diam I

1. tidak bercakap (bersuara dan lain-lain), senyap:
Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yang hendak dicakapkan;
terbuang dalam ~
disingkirkan dengan senyap-senyap;

2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa:
sedangkan benda yang ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yang bergerak;
~ tak ~
dengan senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan;
~ macam batang kayu [kiasan] tidak bergerak-gerak;
~ membatu ki tidak bercakap-cakap (membisu);
~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi (peribahasa) diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja;
kalau tak bermeriam, baiklah ~ (peribahasa) orang yang miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak;
yang disangka tidak menjadi, yang ~ boleh ke dia (peribahasa) orang yang bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain;

sediam sama (seperti, macam) senyapnya:
mereka diam ~ kuburan di waktu subuh;

diam-diam dengan tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit:
dengan ~ sahaja dia keluar dari negeri Daha;
~ lepu
(peribahasa) pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali;
~ ubi (berisi) (peribahasa) pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan;

berdiam = ~ diri = berdiam-diam
1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dan lain-lain):
mereka berdua ~ sebentar;
di dalam berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir;

2. [kiasan] tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan:
kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri;

berdiamkan ~ diri berdiam diri:
ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu;

mendiami tidak menegur (menyapa dan lain-lain), memulau:
kami diami sahaja orang-orang yang membelot kepada persatuan kami;

mendiamkan, memperdiamkan
1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam:
ibu ~ adikku yang merengek;

2. menjadikan tidak bergerak, mematikan untuk seketika (benda bergerak dan lain-lain):
gelora marah itu didiamkannya sahaja;

3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dan lain-lain), tidak menghebohkan:
pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yang dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yang kecil;
ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya;

terdiam tidak bersuara (bergerak dan lain-lain) lagi:
Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula;
melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~;

pendiam (orang yang) tidak suka bercakap-cakap:
Zaini itu seorang murid yang ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya.

diam II

tinggal (duduk, berumah, bertempat) di:
saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri;
~ berdagang
tinggal (hidup) merantau;
~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak (peribahasa) hal orang yang tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yang ramai;

mendiami, mengediami [arkaik] bertempat tinggal di, berumah di, menduduki:
mulai daripada tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yang didiami oleh orang Jepun sahaja;
tidak ada siapa yang sanggup ~ rumah itu;

kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dan lain-lain), rumah (pondok, gua, dan lain-lain) yang diduduki:
setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing;
di sana sini terdapat rumah-rumah yang besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya.