diam I

1. tidak bercakap (bersuara dan lain-lain), senyap:
Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yang hendak dicakapkan;
terbuang dalam ~
disingkirkan dengan senyap-senyap;

2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa:
sedangkan benda yang ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yang bergerak;
~ tak ~
dengan senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan;
~ macam batang kayu [kiasan] tidak bergerak-gerak;
~ membatu ki tidak bercakap-cakap (membisu);
~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi (peribahasa) diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja;
kalau tak bermeriam, baiklah ~ (peribahasa) orang yang miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak;
yang disangka tidak menjadi, yang ~ boleh ke dia (peribahasa) orang yang bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain;

sediam sama (seperti, macam) senyapnya:
mereka diam ~ kuburan di waktu subuh;

diam-diam dengan tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit:
dengan ~ sahaja dia keluar dari negeri Daha;
~ lepu
(peribahasa) pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali;
~ ubi (berisi) (peribahasa) pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan;

berdiam = ~ diri = berdiam-diam
1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dan lain-lain):
mereka berdua ~ sebentar;
di dalam berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir;

2. [kiasan] tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan:
kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri;

berdiamkan ~ diri berdiam diri:
ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu;

mendiami tidak menegur (menyapa dan lain-lain), memulau:
kami diami sahaja orang-orang yang membelot kepada persatuan kami;

mendiamkan, memperdiamkan
1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam:
ibu ~ adikku yang merengek;

2. menjadikan tidak bergerak, mematikan untuk seketika (benda bergerak dan lain-lain):
gelora marah itu didiamkannya sahaja;

3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dan lain-lain), tidak menghebohkan:
pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yang dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yang kecil;
ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya;

terdiam tidak bersuara (bergerak dan lain-lain) lagi:
Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula;
melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~;

pendiam (orang yang) tidak suka bercakap-cakap:
Zaini itu seorang murid yang ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya.

berkongsi