garis pusat (pada bulatan).
dian I
pelita yang dibuat daripada lilin;
mendiani menerangi (dengan dian).
dian II
burung kaki ~ sejenis burung, Tringa totanus eurhinus.
diang
berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) untuk memanaskan badan:
di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja;
~ di abu dingin (peribahasa) pertolongan yang sia-sia (tidak berguna);
sambil ~ nasi masak (peribahasa) sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;
mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dengan meletakkannya dekat dengan api:
pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai;
bagai pucuk pisang didiang (peribahasa) lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dan lain-lain;
mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dan lain-lain) dekat api:
kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api;
pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) untuk berdiang.
diar
[Minangkabau];
memperdiarkan membiarkan sahaja, tidak mempedulikan.
diarea
(Perubatan) penyakit buang air besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit.
diari
buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian.
diarki
pemerintahan oleh dua negara, individu, dan lain-lain.
diaspora
1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama, warga sebuah negara yang sama dan sebagainya:
pengkajian tentang ~ Cina di wilayah lain di Indonesia jauh kurang mendapat perhatian;
2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain:
penentang ini mewujudkan ~ di kalangan bangsa, puak atau keturunan mereka.
diastase
(Biologi) enzim (amilase) yang terdapat pada barli bercambah, kentang, dan lain-lain.