berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) untuk memanaskan badan:
di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja;
~ di abu dingin (peribahasa) pertolongan yang sia-sia (tidak berguna);
sambil ~ nasi masak (peribahasa) sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;
mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dengan meletakkannya dekat dengan api:
pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai;
bagai pucuk pisang didiang (peribahasa) lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dan lain-lain;
mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dan lain-lain) dekat api:
kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api;
pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) untuk berdiang.