difteria

(Perubatan) sejenis penyakit berjangkit (biasanya menjangkiti kanak-kanak) yang diakibatkan oleh bakteria Corynebacterium diptheriae, yang dicirikan dengan demam, sakit kerongkong, dan gangguan pernafasan.

diftong

(Linguistik) gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi.

difusi

perihal meresapkan atau menyebarkan (pengetahuan, kebudayaan, dan sebagainya), resapan;

berdifusi meresap (masuk ke dalam bahasa, kebudayaan lain, dan sebagainya):
sesuatu bahasa itu dikatakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke dalam bahasa lain.

digit

mana-mana satu angka Arab dari kosong hingga sembilan, angka, nombor:
4204 mengandungi empat ~;
~ perduaan
digit sifar atau satu dalam sistem perduaan;

berdigit mempunyai digit, digital:
jam ~.

digital

(Komputer) beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data;

mendigitalkan menukarkan (data dan sebagainya) kepada bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer;

pendigitalan proses (perihal, perbuatan dan sebagainya) mendigitalkan.

diglosia

(Linguistik) kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa mengikut situasi, yang satu lebih tinggi statusnya apabila berada dalam situasi formal berbanding dengan yang satu lagi dalam situasi tidak formal.

digniti

1. sifat yang mulia, kemuliaan, kebesaran:
mereka menganggap kerja mereka sebagai satu profesion yang mempunyai maruah dan ~ tersendiri;

2. kedudukan (gelaran, pangkat, dan lain-lain) yang tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

digraf

dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap.