engkau atau kamu (digunakan jika perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n):
akan ~;
dengan ~.
dikir
1. ucapan (doa) untuk memuji-muji Rasul, biasanya dengan berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi);
2. lagu atau nyanyian dengan berpantun yang dilakukan beramai-ramai;
~ barat [Kelantan] lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun;
~ jelotah sejenis tarian berserta dengan dikir beramai-ramai dalam upacara mengirik padi selepas menuai;
berdikir mengucapkan puji-pujian kepada Rasul (dengan berlagu):
datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud;
~ barat [Kelantan] bernyanyi (berlagu) dengan berpantun beramai-ramai;
pendikir orang yang melagukan dikir;
zikir.
dikit
sedikit tidak banyak (berkenaan (dengan) bilangan, nilai, kadar, dan lain-lain), tidak seberapa:
berilah kami ~ kuih itu;
~ pedas agak pedas;
~ hari lagi tidak lama lagi;
~ sebanyak lebih kurang;
~ hujan banyak yang basah (peribahasa) kecelakaan yang kecil membawa akibat yang besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar);
~ kerja banyak berantun (peribahasa) perihal kemalasan seseorang (orang yang tidak mahu berusaha membuat sesuatu);
sedikitnya
1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yang paling kurang;
2. jumlahnya yang sedikit;
banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit);
sedikit-sedikit
1. setiap kali sedikit;
~ lama-lama jadi bukit (peribahasa) sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga;
2. walaupun sedikit;
menyedikit berkurang (sedikit-sedikit);
berdikit-dikit
1. sedikit demi sedikit:
wangnya telah dikumpulkan secara ~;
2. berhemat, berhati-hati (berkenaan (dengan) wang dan lain-lain):
mereka boleh hidup sederhana dengan ~;
mendikit-dikitkan, menyedikitkan, mengecilkan (mengurangkan) belanja dan lain-lain, menjadikan sedikit:
mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang;
mempersedikit menjadikan lebih sedikit;
tersedikit yang paling sedikit.
diko
[Indonesia] cat kereta dan lain-lain;
mendiko menyemburkan cat (pada kereta dan lain-lain).
dikotiledon
tumbuhan daripada kumpulan Dicotyledonae yang mempunyai dua daun biji benih dan daun yang uratnya berselerak.
dikotomi
pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dan lain-lain) dalam sesuatu hal yang saling bertentangan:
dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~;
~ ini tidak terbatas kepada dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan.
diksa
[arkaik];
berdiksa dilantik (sebagai pendeta Buddha).
diksi
(Linguistik) pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dan lain-lain) secara bertulis atau lisan.
diktat
[Indonesia-Belanda] catatan yang dibuat oleh pelajar ketika mengikuti pelajaran.
diktator
pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim:
rakyat negara yang diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi;
kediktatoran
1. pemerintahan oleh diktator:
pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera;
2. kuasa mutlak atau tertinggi.