dekam

berdekam, mendekam
1. duduk bersedia untuk melompat (menerkam), duduk seperti kucing (harimau) ketika hendak menangkap mangsanya, bertelut;

2. [bahasa percakapan] selalu berada di rumah, tinggal lama di satu-satu tempat, berpengap, meringkuk:
dalam masa cuti sekolah, dia berdekam di rumah sahaja;

3. [bahasa percakapan] melekat, kekal (dalam ingatan dan lain-lain):
kemalangan ngeri yang kulihat tempoh hari masih mendekam di kepalaku.

dekan I

sejenis tikus buluh, Rhizomys sumatrensis;
~ kecil, Rhizomys pruinosus;
bagai ~ di bawah pangkal buluh
(peribahasa) seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

dekang

bunyi seperti bunyi burung mencatuk kayu (zink dan lain-lain):
dari jauh kedengaran bunyi ~ burung yang memecah kedamaian senja kampung Talang;

berdekang-dekang mengeluarkan bunyi dekang berkali-kali:
burung-burung tukang galak ~ sepanjang malam.

dekap II

[Minangkabau] dekat, hampir;

mendekap
1. mendekat 2. melekat;

mendekapkan mendekatkan;

memperdekap menjadikan lebih dekat, memperdekat.

dekar

mendekar [arkaik] bermain pedang;

pendekar
1. orang yang pandai bermain senjata;

2. askar dan lain-lain yang gagah berani, pahlawan.

dekat

1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir:
rumahnya ~ dengan kedai;
budak itu datang dan duduk ~ saya;
Sungai Siput letaknya ~ sahaja dengan Kuala Kangsar;

2. hampir (berkenaan (dengan) waktu, masa, jumlah, dan lain-lain):
siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya;
wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit;

3. [bahasa percakapan] kata yang menunjukkan tempat, di:
makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu;

4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu):
peperiksaan akhir tahun sudah ~;

5. rapat (berkenaan (dengan) hubungan persahabatan, persaudaraan, dan lain-lain), karib:
penghulu kampung itu ~ benar dengan anak buahnya;
dia itu saudara ~ saya;
~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk
(peribahasa) perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya;
~ tak tercapai jauh tak berantara (peribahasa) sesuatu yang diinginkan tetapi tidak berdaya untuk mendapatkannya;

dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dengan yang lain, rapat-rapat;

berdekat
1. berada (duduk dan sebagainya) dekat atau hampir (dengan yang lain atau antara satu dengan yang lain):
mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran;

2. [sastera lama] berhubungan rapat, berapat, berbaik;

3. [kiasan] = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur:
kesukaan itu selalu ~ dengan kedukaan;

berdekat-dekat, berdekat-dekatan
1. (berada, duduk, dan sebagainya) dekat antara satu dengan yang lain, berapat-rapat:
apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~;

2. [kiasan] bergandingan, berdekat;

berdekatan
1. berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran:
rakit itu kemudiannya dihanyuntukan ke dalam sungai yang ~;
kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yang ~;

2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dengan sesuatu), berhampiran (dengan);

mendekat
1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kepada seseorang:
basikal penjual mi goreng itu semakin ~;

2. hampir tiba atau sampai:
semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dengan serta-merta kerana serangan musuh telah ~;

3. mahu berbaik-baik;

mendekati
1. pergi (datang) dekat kepada, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dengan:
saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya;

2. hampir tiba pada (masanya dan lain-lain), menuju ke (waktunya):
setiap saat yang berlalu bererti peperiksaan ~ masanya;

3. (hendak) berbaik-baik, berhubungan erat dengan:
Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba untuk ~ negara-negara yang baru muncul;

4. hampir mencapai (berkenaan (dengan) umur dan lain-lain):
usianya sudah ~ empat puluh tahun;

5. mengambil langkah dan sebagainya untuk melaksanakan tugas dan sebagainya atau mengatasi masalah:
ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu;

6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai):
gambaran yang ~ kenyataan;

mendekatkan
1. meletakkan dan sebagainya supaya dekat atau berhampiran dengan, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan:
tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dengan air;

2. menjadikan erat atau rapat (berkenaan (dengan) perhubungan antara dua orang dan lain-lain), merapatkan:
sifat-sifatnya yang demikian itu ~ dia padaku;
agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kepada arus intelektual dunia;

memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dan lain-lain), mempererat, merapatkan lagi:
hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu;

terdekat dekat sekali, paling dekat:
pelabuhan besar negara asing yang ~ dengan Malaysia ialah Singapura;

kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dan sebagainya) yang dekat dengan, kehampiran:
pada hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dengan realiti;
~ penggunaan bahasanya kepada bahasa sehari-hari;

pendekatan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) mendekati atau mendekatkan:
~ diri kepada Allah;

2. kaedah (cara, langkah-langkah, dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dan lain-lain):
dalam beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kepada ~ yang digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

dekatlon

(Suk) pertandingan untuk peserta lelaki yang dilangsungkan selama dua hari, terdiri daripada 10 acara, iaitu lumba lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lari berpagar 110 meter, lempar cakera, lombol bergalah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter.