berkenaan sesuatu yang digunakan sebagai hiasan:
pemilihan kata-katanya bukan sebagai sesuatu yang ~ ataupun simbolik.
dekret
[Indonesia-Belanda] dekri.
dekri
perintah (undang-undang dan lain-lain) yang dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dan lain-lain;
~ mutlak perintah muktamad daripada mahkamah yang menamatkan atau membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (berkenaan (dengan) orang bukan Islam);
~ nisi perintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan dibatalkan dalam tempoh masa yang tertentu melainkan ada sebab yang munasabah untuk menghalangnya (berkenaan (dengan) orang bukan Islam);
mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yang akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu.
dekron
dakron.
dekstrin
(Biologi) bahan melekit yang digunakan sebagai agen pemekat dalam makanan, dan sebagai gam.
dekstrosa
(Perubatan) gula yang sering diberikan kepada pesakit secara suntikan ke dalam vena untuk mengatasi masalah kekurangan air tubuh atau untuk menggantikan cecair dan zat makanan yang hilang semasa pembedahan.
deku
berdeku [Jakarta] bertelut, duduk berlutut.
dekuh I
= ~-dekah bunyi seperti bunyi orang ketawa;
berdekuh = ~-dekah berbunyi seperti bunyi orang ketawa.
dekuh II
[Kelantan];
putik ~ masih putik benar (berkenaan (dengan) buah-buahan).
dekuk
berdekuk-dekak berbunyi seperti bunyi orang berjalan memakai terompah:
Ummu Abdu muncul dengan terompahnya yang ~ bentuk-bentuk tertentu.