berdelat-delat [Pahang] berkelip-kelip, berkilat-kilat.
delegasi
1. rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan (persidangan dan sebagainya), perwakilan;
2. tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tanggungjawab, dan sebagainya) kepada seseorang lain (mis kepada penolong dan sebagainya);
3. [Indonesia] pemindahan wang atau hutang kepada orang lain;
mendelegasikan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas dan tanggungjawab, dan sebagainya) kepada seseorang lain (mis kepada penolong dan sebagainya).
delegat
[Indonesia-Belanda] wakil, urusan.
delemak
= delamak.
deleman
= delman.
deler
[Indonesia-Belanda] anggota Dewan Hindia pada zaman penjajahan.
deli
delik I
delik
[Indonesia-Belanda] perbuatan yang melanggar undang-undang;
kena ~ [bahasa percakapan] didakwa kerana melanggar undang-undang.
delik I
sejenis tumbuhan (pokok), Memecylon caloneuron;
~ air
a) sejenis tumbuhan (pokok kecil), bangas putih, delima burung, Memecylon dichotomum;
b) = ~ bangas = ~ putih sejenis tumbuhan (pokok kecil), medang nasi-nasi, Memecylon edule;
~ bukit = ~ limau manis = ~ tembaga sejenis tumbuhan (pokok kecil), medang berunit (bunut), Anisophyllea apetala;
~ jambu putih sejenis tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, kelat batu, Memecylon coeruleum.
delik II
[Jawa];
mendelik terbuka luas (seperti mata orang yang memandang dengan marah), membelalak (berkenaan (dengan) mata), menyalang:
dekat mereka terdiri mandurnya, masing-masing dengan tongkat semambu sambil mata ~, kumis melintang di atas bibirnya;
mendeliki memandang dengan mata terbelalak pada.