delusi

pendapat (idea, kepercayaan, dan lain-lain) yang silap atau mengelirukan:
dia mengalami ~ kebesaran.

demagog

pemimpin politik yang cuba mendapatkan sokongan orang ramai melalui ucapan dan hujahnya yang penuh emosi tetapi tidak munasabah atau tidak rasional.

demagogi

kaedah atau amalan penguasaan politik dengan membangkitkan atau mengapi-apikan perasaan rakyat secara yang tidak rasional:
masyarakat yang dipimpin oleh seseorang pemimpin yang menguasai fahaman ~ akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua.

demah I

benda (seperti pasir, air, dan lain-lain yang dipanaskan) untuk menuam bahagian badan yang sakit;

mendemah menekankan demah pada bahagian badan yang sakit, menuam:
pada malam itu juga kaki yang bengkak itu didemah dan diurut.

demam

1. penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa;

2. kenaikan suhu tubuh yang melebihi suhu biasa:
semalam saya ~, saya tidak pergi kerja;

3. ki keghairahan untuk sementara waktu:
~ pop enam puluhan;~ berselang (berlat, berganti hari) demam yang tidak terus-menerus;
~ cupak [Kelantan] demam tubuh tetapi pesakit masih berselera untuk makan;
~ denggi demam akibat virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yang berbahaya (boleh membawa maut);
~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil);
~ kepialu demam kerana sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman dalam makanan atau air yang kotor;
~ ketulangan demam yang disertai oleh rasa sengal-sengal tulang;
~ kuning sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pada hempedu);
~ merah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yang dicirikan dengan demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pada kulit;
~ panas demam dengan suhu badan yang tinggi;
~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam);
~ reumatik penyakit yang menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pada sendi;
~ selesema (sesa-sesa) demam yang menyerang saluran-saluran pada paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza;
~ skarlet demam merah;

mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam:
esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yang memandang;

terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam:
kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu.