demam

1. penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa;

2. kenaikan suhu tubuh yang melebihi suhu biasa:
semalam saya ~, saya tidak pergi kerja;

3. ki keghairahan untuk sementara waktu:
~ pop enam puluhan;~ berselang (berlat, berganti hari) demam yang tidak terus-menerus;
~ cupak [Kelantan] demam tubuh tetapi pesakit masih berselera untuk makan;
~ denggi demam akibat virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yang berbahaya (boleh membawa maut);
~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil);
~ kepialu demam kerana sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman dalam makanan atau air yang kotor;
~ ketulangan demam yang disertai oleh rasa sengal-sengal tulang;
~ kuning sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pada hempedu);
~ merah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yang dicirikan dengan demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pada kulit;
~ panas demam dengan suhu badan yang tinggi;
~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam);
~ reumatik penyakit yang menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pada sendi;
~ selesema (sesa-sesa) demam yang menyerang saluran-saluran pada paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza;
~ skarlet demam merah;

mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam:
esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yang memandang;

terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam:
kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu.

berkongsi