bunyi seperti bunyi ombak memukul pantai dan sebagainya.
deh
[Jakarta] [bahasa percakapan] sudah(lah).
dehak
be(r)dehak [Kedah] terperanjat.
deham
bunyi ham-ham seperti bunyi batuk kecil yang tertahan-tahan;
berdeham, mendeham membuat bunyi deham atau berbatuk kecil yang tertahan-tahan (untuk menarik perhatian dan lain-lain):
apabila sampai di halaman rumah, dia pun ~ sedikit sebagai tanda dia sudah datang.
dehem
= deham, daham.
dek I
[Indonesia], [bahasa percakapan] kain selimut.
dek II
1. geladak:
selepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil melunjurkan kaki bermalas-malas;
2. (Perhutanan) pelantar tempat kayu balak diturunkan dari lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang.
dek III
kerana, oleh: lalu gegak gempitalah seluruh isi bumi Malaysia ~ kegigihan pendiayah.
deka-
awalan asing sepuluh, misalnya dekaliter dan dekagram.
dekad
jangka masa sepuluh tahun, dasawarsa.