degar

bunyi seperti bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dan lain-lain);
~-~ merapati =~-~ perapatkan (peribahasa) perselisihan (dalam hal keluarga, suami isteri) yang tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan;

berdegar-degar
1. berbunyi degar beberapa kali;

2. [kiasan] besar dan bersemangat (berkenaan (dengan) percakapan seseorang):
cakapnya dengan kita selalu berdentum ~;
cakap ~, tahi sangkut di gelegar
(peribahasa) cakap sahaja yang besar tetapi tidak ada apa yang dikerjakan.

degil

bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu:
budak itu memang ~, makin dilarang makin lagi dibuatnya;

berdegil berkeras hati (tidak mahu berganjak daripada pendirian dan sebagainya), enggan menurut perintah (suruhan, tegahan, dan lain-lain):
anak itu tetap ~ mengatakan bukan dia yang mencuri;

kedegilan perihal (sifat, sikap, dan sebagainya) berdegil, ketegaran, kekerasan hati:
kerana ~ merekalah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu;

pendegil orang yang degil sifatnya:
suaminya itu seorang yang sombong lagi ~.

degradasi

(Kimia) proses penguraian sebatian yang kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas (lebih kecil):
bahan kimia kerap kali dicampurkan ke dalam bahan solekan untuk menghalang ~ akibat sinaran matahari.

degum I

bunyi (seperti bunyi) tembakan meriam:
sekali letup, tiga ~nya;
~-degam
bunyi degum berkali-kali;

degum-degum degum-degam.

degup

1. bunyi seperti bunyi benda jatuh ke tanah;

2. bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras;

berdegup berbunyi degup:
Haji Ibrahim juga cuba menguasai kegusaran Ahmad walaupun dalam dirinya sendiri ~ debaran-debaran bimbang.