defile

[Indonesia-Belanda] perbarisan (perarakan) tentera;

berdefile berbaris (berkenaan (dengan) tentera).

definisi

kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dan lain-lain, takrif:
sebahagian besar perkataan dalam kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti;

berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif;

mendefinisikan memberikan definisi, mentakrifkan:
~ istilah;

pendefinisian perihal (perbuatan dan sebagainya) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan.

definitif

[Indonesia-Belanda] pasti dan muktamad, pasti dan dapat memutuskan, dapat dipertanggungjawabkan dan layak menjadi pegangan:
pendekatan ini saya gunakan untuk memperoleh sesuatu yang ~ mengenai sastera dalam konteks tempatan dan kebangsaan.

defisit

kekurangan hasil pendapatan berbanding dengan perbelanjaan yang diperlukan (berkenaan (dengan) anggaran belanjawan dan sebagainya).

deflasi

penurunan aktiviti ekonomi yang menyebabkan penurunan tingkat output, guna tenaga, pelaburan, perdagangan, keuntungan dan harga lebih rendah.

degam

bunyi seperti bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dengan kuat dan lain-lain);

berdegam, mendegam berbunyi seperti bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dengan kuat, dan lain-lain):
sesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~ ditiup angin.

degap I

bunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan jantung dan lain-lain):
sambil mendukung kedua-dua adiknya, ~ -~ dia naik ke rumah;
~-degup
bunyi degap berulang kali;

degap-degap degap-degup;

berdegap-degap berbunyi degap-degap:
melihat peristiwa yang mengerikan itu, ~ hatinya;

= degup.

degap II

[arkaik] berdegap segak, tegap:
kedua-dua pemuda yang menaiki motosikal itu sama-sama ~ badannya.