[Indonesia-Belanda] dekad.
dekaden
merosot atau mundur (dibandingkan dengan keadaan sebelumnya yang begitu baik);
kedekadenan kemerosotan (nilai, mutu, dan sebagainya) berbanding dengan keadaan sebelumnya (berkenaan (dengan) tamadun, kesenian, dan sebagainya).
dekadensi
[Indonesia-Belanda] kemerosotan (nilai, mutu dan sebagainya) atau kemunduran berbanding dengan keadaan sebelumnya (berkenaan (dengan) tamadun, kesenian, dan sebagainya).
dekagon
poligon yang mempunyai sepuluh sisi.
dekagram
ukuran berat yang bersamaan dengan sepuluh gram.
dekah, dekahan
ketawa dengan suara yang tinggi, ketawa terbahak-bahak:
hilai dan ~ ketawa kakak mengganggu fikiranku;
tiba-tiba terdengar dekahan ketawa dari bilik itu;
berdekah-dekah ketawa (tertawa) dengan suara yang tinggi atau nyaring (kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh:
kadang-kadang cerita itu begitu lucu sehingga kami ketawa ~.
dekahedron
bongkah yang mempunyai sepuluh permukaan yang rata.
dekak
[Perlis] pandai, bernasib baik.
dekak-dekak
sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yang berupa pemidang dengan bola-bola atau butir-butir kecil (yang digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa.
dekaliter
ukuran isi padu yang bersamaan dengan 10 liter atau 0.01 meter padu.