1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir:
rumahnya ~ dengan kedai;
budak itu datang dan duduk ~ saya;
Sungai Siput letaknya ~ sahaja dengan Kuala Kangsar;
2. hampir (berkenaan (dengan) waktu, masa, jumlah, dan lain-lain):
siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya;
wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit;
3. [bahasa percakapan] kata yang menunjukkan tempat, di:
makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu;
4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu):
peperiksaan akhir tahun sudah ~;
5. rapat (berkenaan (dengan) hubungan persahabatan, persaudaraan, dan lain-lain), karib:
penghulu kampung itu ~ benar dengan anak buahnya;
dia itu saudara ~ saya;
~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk (peribahasa) perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya;
~ tak tercapai jauh tak berantara (peribahasa) sesuatu yang diinginkan tetapi tidak berdaya untuk mendapatkannya;
dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dengan yang lain, rapat-rapat;
berdekat
1. berada (duduk dan sebagainya) dekat atau hampir (dengan yang lain atau antara satu dengan yang lain):
mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran;
2. [sastera lama] berhubungan rapat, berapat, berbaik;
3. [kiasan] = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur:
kesukaan itu selalu ~ dengan kedukaan;
berdekat-dekat, berdekat-dekatan
1. (berada, duduk, dan sebagainya) dekat antara satu dengan yang lain, berapat-rapat:
apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~;
2. [kiasan] bergandingan, berdekat;
berdekatan
1. berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran:
rakit itu kemudiannya dihanyuntukan ke dalam sungai yang ~;
kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yang ~;
2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dengan sesuatu), berhampiran (dengan);
mendekat
1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kepada seseorang:
basikal penjual mi goreng itu semakin ~;
2. hampir tiba atau sampai:
semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dengan serta-merta kerana serangan musuh telah ~;
3. mahu berbaik-baik;
mendekati
1. pergi (datang) dekat kepada, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dengan:
saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya;
2. hampir tiba pada (masanya dan lain-lain), menuju ke (waktunya):
setiap saat yang berlalu bererti peperiksaan ~ masanya;
3. (hendak) berbaik-baik, berhubungan erat dengan:
Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba untuk ~ negara-negara yang baru muncul;
4. hampir mencapai (berkenaan (dengan) umur dan lain-lain):
usianya sudah ~ empat puluh tahun;
5. mengambil langkah dan sebagainya untuk melaksanakan tugas dan sebagainya atau mengatasi masalah:
ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu;
6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai):
gambaran yang ~ kenyataan;
mendekatkan
1. meletakkan dan sebagainya supaya dekat atau berhampiran dengan, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan:
tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dengan air;
2. menjadikan erat atau rapat (berkenaan (dengan) perhubungan antara dua orang dan lain-lain), merapatkan:
sifat-sifatnya yang demikian itu ~ dia padaku;
agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kepada arus intelektual dunia;
memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dan lain-lain), mempererat, merapatkan lagi:
hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu;
terdekat dekat sekali, paling dekat:
pelabuhan besar negara asing yang ~ dengan Malaysia ialah Singapura;
kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dan sebagainya) yang dekat dengan, kehampiran:
pada hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dengan realiti;
~ penggunaan bahasanya kepada bahasa sehari-hari;
pendekatan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) mendekati atau mendekatkan:
~ diri kepada Allah;
2. kaedah (cara, langkah-langkah, dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dan lain-lain):
dalam beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kepada ~ yang digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.