debu

1. tanah kering atau bahan lain dalam bentuk serbuk halus yang menutupi bumi, permukaan benda, atau yang berterbangan ditiup angin:
~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu;

2. [sastera lama] patik, hamba;
~ tuanku hamba tuanku;

berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dan sebagainya) debu yang berterbangan:
jalan-jalan yang ~;

mendebu menjadi seperti debu (menjadi halus);
cakap ~ cakap (pertuturan) yang keluarnya bertalu-talu;

mendebukan menjadikan atau menyemburkan dalam bentuk debu:
oleh yang demikian, telah diciptakan alat yang boleh menyemburkan atau ~ racun kulat;

pendebu alat untuk mendebukan (racun kulat dan lain-lain).

debuk

1. bunyi seperti bunyi orang meninju (menampar dengan kuat, barang jatuh ke tanah, dan lain-lain);

2. pukulan (tumbukan) yang kuat (di badan):
budak itu kena ~ di belakangnya;

berdebuk-debuk berbunyi merobok (membobok dan sebagainya):
dia pun lemas dan tempayan itu pun ~ masuk air langsung tenggelam;

= debak.

debum

bunyi seperti bunyi benda besar jatuh;

berdebum berbunyi debum (kerana jatuh).

debung I

bunyi seperti bunyi gendang (beduk dan sebagainya) atau bunyi buah kelapa (durian dan lain-lain) jatuh.

debunga

(Biologi) benih bunga jantan yang akan bersenyawa dengan benih bunga betina, serbuk halus yang terdapat pada bunga;

mendebungakan memindahkan debunga dari alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma):
peladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang untuk ~ pokok pic tetapi menggunakan serbuk yang khas untuk tujuan ini;

terdebunga (telah) didebungakan (oleh):
bunga-bunga yang ~ oleh serangga mempunyai ranggi yang berwarna-warni;

pendebungaan (Biologi) pemindahan debunga dari alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma);
~ angin pendebungaan yang dilakukan oleh angin;
~ biasa = ~ semula jadi pendebungaan yang dilakukan oleh alam (seperti angin, air, binatang, dan lain-lain);
~ kacuk pendebungaan silang;
~ sendiri pendebungaan yang berlaku antara bunga pada pokok yang satu oleh serangga, angin dan sebagainya;
~ serangga pendebungaan yang dilakukan oleh serangga;
~ silang pemindahan debunga dari anter suatu bunga ke stigma bunga pokok yang lain oleh serangga, angin dan sebagainya.

debur

1. bunyi seperti bunyi barang besar jatuh ke air (orang dicampakkan ke air dan sebagainya);

2. bunyi seperti bunyi ombak memecah ke pantai:
degupan jantungnya makin kencang dan hebat macam ~ ombak memukul pantai;

berdebur berbunyi debur-debur:
pada waktu malam, hanya terdengar suara ombak ~ sahaja di situ;

mendebur berdebur;

deburan
1. (bunyi) pukulan ombak ke pantai, bunyi seperti bunyi barang besar jatuh ke air;

2. [kiasan] perasaan (keadaan) yang berkecamuk:
dengan hati yang berdamba bergetar, maka melangkahlah dia perlahan-lahan menahan ~ di lubuk hatinya;

berdeburan berdebur-debur:
di situ air selalu ~ dengan ombaknya buru-memburu ke pantai.