[kependekan] dichloro-diphenyl-trichloroethane (dikloro-difenil-trikloroetana, iaitu sejenis racun serangga).
de facto
(Latin) pada hakikatnya, pada kenyataannya, sebenarnya;
kerajaan ~ kerajaan yang pada hakikatnya benar-benar berkuasa (sama ada sah atau tidak dari segi undang-undang);
pegawai ~ (Undang-undang) pegawai yang memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang.
de jure
menurut undang-undang, sah di sisi undang-undang;
pemerintah ~ pemerintah yang sah menurut hukum.
DEB
[kependekan] Dasar Ekonominomi Baru.
debab
[bahasa percakapan] gemuk, tambun, berisi.
debah
mendebah menyembelih;
zabah.
debak
bunyi seperti bunyi orang bertumbuk (barang jatuh dan sebagainya);
~ debuk bunyi debak berkali-kali (seperti orang bertumbuk, buah-buahan atau barang-barang jatuh dan sebagainya);
debuk.
debam I
bunyi seperti bunyi benda berat jatuh.
debam II
sejenis ikan laut, Acanthurus spp., Naso spp., Siganus guttatus, Zebrasoma spp.
deban
bunyi seperti bunyi barang jatuh.