dawai

tali daripada logam (digunakan untuk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dan lain-lain), kawat;
~ duri dawai berduri yang dibuat pagar;
~ gelang (kasar) ark dawai telegraf;
~ hidup dawai yang mengalirkan arus elektrik;
~ ketegangan tinggi kawat yang mengaruskan tenaga elektrik yang tinggi;
~ mata punai dawai yang dianyam (digunakan untuk membuat kandang ayam dan lain-lain);
umpama ayakan ~ (peribahasa) pekerjaan seseorang yang tidak cermat;

mendawai memasang dawai atau kawat:
dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~;

mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dan lain-lain):
punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram;

pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai:
Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dengan meter baru untuk memperbaik sistem ~nya;

pendawai orang yang kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dan sebagainya.

daya I

1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan:
~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja;
usaha-usaha untuk meninggikan ~ pengeluaran;
~ berfikir;

2. akal, ikhtiar, jalan (untuk sesuatu);
habis segala ~ habis ikhtiar;
seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar);

3. muslihat, tipu;
tipu ~ tipu muslihat;
~ batin kekuatan batin;
~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta;
~ fikir kekuatan atau keupayaan untuk menggunakan akal fikiran;
~ ghaib kuasa ghaib (seperti kesaktian dan sebagainya);
~ gerak kekuatan untuk bergerak;
~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran untuk mengingat sesuatu atau seseorang;
~ juang kemampuan untuk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dengan gigih;
~ kuda (Fizik) unit untuk mengukur tenaga (enjin dan lain-lain), kuasa kuda;
~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) untuk menarik sesuatu (benda, orang, dan lain-lain);
~ tahan kemampuan untuk mempertahankan diri atau bertahan daripada sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dan sebagainya);
~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) untuk memelopori sesuatu;

sedaya = sedaya upaya;

berdaya
1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya:
mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi;

2. mempunyai kemampuan (keupayaan):
aku tidak ~ membalas budinya;
tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yang rumit;

3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar);

memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu:
apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami seperti yang sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan;

mendayai
1. menipu, mengakali;

2. mempengaruhi;

3. memberi tenaga (kekuatan dan sebagainya);

terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan:
jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti;
hanya lima sen minyak untuk pelita itu sahaja yang ~ oleh mereka setiap petang;

terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu;

kedayaan kebolehan membuat sesuatu;

perdayaan tipu daya, tipu muslihat:
tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti;

pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan.

daya maju

keupayaan untuk maju dan berkembang:
~ projek penternakan ikan air tawar itu semakin memberangsangkan

berdaya maju berkemampuan untuk maju dan berkembang:
seharusnya usahawan bumiputera perlu lebih ~ dan berdaya saing dalam menghadapi dunia perniagaan yang begitu kompetitif dan mencabar.

daya upaya

1. kekuatan, kemampuan, keupayaan, ikhtiar;

2. akal;

sedaya upaya seberapa yang dapat diusahakan, (dengan) segenap akal atau sepenuh ikhtiar;

berdaya upaya = berdaya.