datang

1. sampai, tiba (di sesuatu tempat):
setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca;
hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga;

2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat:
dia melambai-lambaikan tangan dan terus ke tempat kami sedang duduk;

3. pergi (berjalan, bergerak, dan sebagainya) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau untuk menemui seseorang dan sebagainya):
saya akan mencuba ~ dua kali seminggu;

4. berasal (dr):
dia ~ dari Kedah;

5. hingga, sampai (berkenaan (dengan) jangka masa dan sebagainya):
adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang;

6. muncul, timbul:
tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya;
~ seleranya hendak makan;

7. [arkaik] = (yang) akan ~ yang akan tiba, hadapan, kemudian (berkenaan (dengan) jangka masa dan sebagainya);
masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti;
minggu ~ minggu hadapan;
~ akal datang (mendapat) ilham;
~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pada perempuan);
~ hati sampai hati, tergamak;
~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) (peribahasa) datang dengan baik pergi pun hendaklah dengan baik juga;
~ seperti ribut, pergi seperti semut (peribahasa) sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya;
~ tak berjemput, pulang tak berhantar (peribahasa) tetamu yang tidak penting;

datang-datang
1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang:
~ dia ke mari hendak makan;

2. selalu (kerap) datang:
~lah ke rumah apabila senang;

berdatang ~ sembah [sastera lama] berkata-kata dengan raja (orang besar-besar) dengan bahasa halus:
maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya;

berdatangan datang beramai-ramai, datang dari berbagai-bagai tempat;

mendatang
1. datang (timbul, berlaku, dan lain-lain) dengan tiba-tiba:
siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~;
jika ada aral ~;

2. (yang) datang dari tempat lain (tidak asli):
penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yang didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yang sudah sedia ada;
orang ~
orang yang datang atau berasal dari negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli);

3. [arkaik] terbitan;
kata-kata ~ kata-kata terbitan;

4. akan datang:
kalaulah perjanjian pada masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata;
pucuk dicita ulam ~
(peribahasa) yang diperoleh lebih baik daripada yang dikehendaki;

mendatangi
1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi:
sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya;
rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing;

2. datang untuk menyerang (memeriksa, menangkap, dan lain-lain):
Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula;
polis telah ~ rumah beliau malam tadi;

3. menimpa (berkenaan (dengan) bala, penyakit, dan sebagainya);
didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit;

4. [Indonesia] [arkaik] menjadikan kata terbitan (dengan memberi awalan atau akhiran);

datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati;

mendatangkan
1. membawa (memasukkan, memanggil) dari tempat lain:
air tambahan ini didatangkan dari kolam dan terusan air;
pihak universiti akan ~ beberapa orang pensyarah dari luar negeri;

2. menyebabkan (mengakibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dan lain-lain) sesuatu, menimbulkan:
demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kepada negara kita;
moga-moga usaha ini akan ~ faedah kepada kita bersama;
peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata;

kedatangan
1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya:
~ orang-orang Minangkabau itu disambut dengan mesra;

2. diserang (musuh dan sebagainya), ditimpa (kemalangan dan lain-lain), didatangi:
~ gerombolan penjahat;
~ musuh;
~ bencana;
~ bulan
datang bulan (haid);

pendatangan perihal (perbuatan dan sebagainya) mendatangi atau mendatangkan;

pendatang
1. orang mendatang, orang asing yang datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain;
~ haram [bahasa kasar] pendatang tanpa izin;
~ tanpa izin orang asing yang memasuki sesebuah negeri lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri tersebut;

2. tiang atau penyokong untuk menguatkan (meneguhkan);

3. perasaan yang timbul dalam hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.

datar

sama) rata (berkenaan (dengan) tanah, permukaan, nada, dan lain-lain), tidak tinggi rendah;
tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit);
~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin (peribahasa) keputusan yang adil;

sedatar
1. sama rata:
garisan-garisan lurus ~ yang selari dengan satu garisan yang sama adalah selari sama sendiri;

2. tidak mendalam (berkenaan (dengan) pengetahuan dan sebagainya);
~ saja lurah dengan bukit (peribahasa) tidak membezakan antara kaya dengan miskin;

mendatar
1. (seakan-akan) rata:
padang yang ~;

2. selari dengan permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas):
garis ~;

3. bergerak dari satu tangga gaji ke satu tangga yang lebih tinggi dalam peringkat yang sama dalam Sistem Saraan Baru (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia):
ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara melintang, menegak, ~ atau statik;

mendatarkan menjadikan datar, meratakan:
kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah;

dataran
1. kawasan (tempat, tanah) yang datar:
~ tinggi Tibet;

2. [arkaik] padang, lapangan;

kedataran keadaan (sifat dan sebagainya) datar, kerataan;

pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan (meratakan).

Datin

gelaran bagi isteri seseorang yang telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato);
~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yang bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri).

dating

[bahasa percakapan] janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dengan teman wanitanya untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya):
selepas hanya dua kali ~, dia muncul di depan pintu rumah, tanpa diundang;

berdating bertemu atau keluar dengan seseorang yang berlainan jantina (mis teman lelaki atau wanita) untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya:
mereka terus bernikah tanpa perlu ~.

Dato gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara);
~ Seri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu;
~ Sri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu.

datu I

1. [arkaik] raja, ratu;

2. [Minangkabau] tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh;

3. [Jakarta] orang yang keramat, orang yang telah meninggal;

kedatuan
1. [arkaik] kerajaan, pemerintahan;

2. [Minangkabau] tari-tarian.

datuk I

1. bapa kepada ayah atau ibu seseorang;

2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kepada ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yang sedemikian tuanya, aki, kakek;
~ nenek nenek moyang, leluhur;

3. [arkaik] panggilan orang ramai kepada anggota polis atau panggilan mata-mata kepada pegawai atasannya;

4. [Minangkabau] penghulu adat;

5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat:
~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yang lalu di situ;

6. topekong, berhala, atau dewa (kpada orang Cina yang mempunyai kepercayaan tertentu);
rumah ~ rumah berhala;

7. [bahasa percakapan] sebutan bagi harimau;
~ betina [sastera lama] ketua dayang-dayang dalam istana;
~ kayu [arkaik] pegawai dan kakitangan jabatan hutan;

mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk:
Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya.

Datuk II

1. gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi (yang biasanya menjadi pembesar negeri):
~ Bendahara;
~ Paduka Raja;
~ Panglima;
~ Temenggung;

2. gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara);
~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya;
~ Patinggi gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu;
~ Seri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu.