datang

1. sampai, tiba (di sesuatu tempat):
setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca;
hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga;

2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat:
dia melambai-lambaikan tangan dan terus ke tempat kami sedang duduk;

3. pergi (berjalan, bergerak, dan sebagainya) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau untuk menemui seseorang dan sebagainya):
saya akan mencuba ~ dua kali seminggu;

4. berasal (dr):
dia ~ dari Kedah;

5. hingga, sampai (berkenaan (dengan) jangka masa dan sebagainya):
adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang;

6. muncul, timbul:
tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya;
~ seleranya hendak makan;

7. [arkaik] = (yang) akan ~ yang akan tiba, hadapan, kemudian (berkenaan (dengan) jangka masa dan sebagainya);
masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti;
minggu ~ minggu hadapan;
~ akal datang (mendapat) ilham;
~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pada perempuan);
~ hati sampai hati, tergamak;
~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) (peribahasa) datang dengan baik pergi pun hendaklah dengan baik juga;
~ seperti ribut, pergi seperti semut (peribahasa) sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya;
~ tak berjemput, pulang tak berhantar (peribahasa) tetamu yang tidak penting;

datang-datang
1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang:
~ dia ke mari hendak makan;

2. selalu (kerap) datang:
~lah ke rumah apabila senang;

berdatang ~ sembah [sastera lama] berkata-kata dengan raja (orang besar-besar) dengan bahasa halus:
maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya;

berdatangan datang beramai-ramai, datang dari berbagai-bagai tempat;

mendatang
1. datang (timbul, berlaku, dan lain-lain) dengan tiba-tiba:
siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~;
jika ada aral ~;

2. (yang) datang dari tempat lain (tidak asli):
penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yang didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yang sudah sedia ada;
orang ~
orang yang datang atau berasal dari negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli);

3. [arkaik] terbitan;
kata-kata ~ kata-kata terbitan;

4. akan datang:
kalaulah perjanjian pada masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata;
pucuk dicita ulam ~
(peribahasa) yang diperoleh lebih baik daripada yang dikehendaki;

mendatangi
1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi:
sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya;
rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing;

2. datang untuk menyerang (memeriksa, menangkap, dan lain-lain):
Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula;
polis telah ~ rumah beliau malam tadi;

3. menimpa (berkenaan (dengan) bala, penyakit, dan sebagainya);
didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit;

4. [Indonesia] [arkaik] menjadikan kata terbitan (dengan memberi awalan atau akhiran);

datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati;

mendatangkan
1. membawa (memasukkan, memanggil) dari tempat lain:
air tambahan ini didatangkan dari kolam dan terusan air;
pihak universiti akan ~ beberapa orang pensyarah dari luar negeri;

2. menyebabkan (mengakibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dan lain-lain) sesuatu, menimbulkan:
demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kepada negara kita;
moga-moga usaha ini akan ~ faedah kepada kita bersama;
peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata;

kedatangan
1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya:
~ orang-orang Minangkabau itu disambut dengan mesra;

2. diserang (musuh dan sebagainya), ditimpa (kemalangan dan lain-lain), didatangi:
~ gerombolan penjahat;
~ musuh;
~ bencana;
~ bulan
datang bulan (haid);

pendatangan perihal (perbuatan dan sebagainya) mendatangi atau mendatangkan;

pendatang
1. orang mendatang, orang asing yang datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain;
~ haram [bahasa kasar] pendatang tanpa izin;
~ tanpa izin orang asing yang memasuki sesebuah negeri lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri tersebut;

2. tiang atau penyokong untuk menguatkan (meneguhkan);

3. perasaan yang timbul dalam hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.

berkongsi