sepuluh, puluh.
dasalumba
[Indonesia] pertandingan (sukan) yang terdiri daripada sepuluh acara atau jenis sukan, dekatlon.
dasar
1. bahagian yang di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dan sebagainya):
mutiara didapati di ~ laut;
2. bahagian yang di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (seperti kuali, botol, dan lain-lain):
serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas;
~ kuali yang hitam seperti arang;
3. lantai:
rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen;
4. lapisan yang di bawah sekali (pada gambar, kain, dan lain-lain), latar:
~ kain batik pada umumnya berwarna perang;
corak yang terdiri daripada kuntum-kuntum bunga pada ~ yang berwarna gelap;
5. sifat, perangai (yang sudah sebati dengan seseorang):
dia pantang ditegur memang begitu ~nya;
6. pertimbangan (cara, sistem, dan lain-lain) yang pokok berkenaan sesuatu, asas, prinsip, teras:
Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia untuk mempelajari ~-~ perang gerila;
apakah ~nya pendapat tuan itu?
7. pendirian yang menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dan lain-lain), polisi:
~ kerajaan;
~ sesebuah parti politik;
~ ekonomi negara;
8. yang menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok:
setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya;
9. [Indonesia] memang, sebenarnya:
sudah ~ pencuri;
10. kertas dan sebagainya yang dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas untuk menggunting pakaian;
berdasar
1. ada (memakai, mempunyai) dasar:
kain songket itu ~ biru;
2. berasas, bersandar:
~ keterangan-keterangan yang diterima, memang orang itu bersalah;
3. [arkaik] = berdasarkan;
berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan:
tulisan saya itu ~ berita yang tersiar di sebuah akhbar;
tuduhan yang ~ bukti-bukti yang nyata;
mendasar bersifat dasar atau asas:
keperluan-keperluan yang paling ~ bagi zamannya;
mendasari menjadi dasar atau asas kepada:
konflik antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang ~ drama ini adalah cukup dramatik;
kita akan dapat melihat ideologi yang ~ penulisannya;
mendasarkan menggunakan (memakai) sebagai dasar:
perkahwinan harus didasarkan pada cinta dan kasih sayang;
pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar:
situasi masyarakat yang saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara.
dasau
[Perak] bekas air daripada tempurung kelapa.
dasawarsa
masa sepuluh tahun, dekad:
proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu ~;
perayaan ~ perayaan yang diadakan pada tahun kesepuluh tertubuhnya dan sebagainya sesuatu, perayaan ulang tahun yang kesepuluh.
dasi
[Indonesia] tali leher;
~ kupu-kupu tali leher kupu-kupu;
berdasi memakai dasi (tali leher).
dastur
layar ~ layar kecil sebagai tambahan kepada layar besar.
dasun
sejenis bawang putih, Allium sativum;
sebagai~ tunggal [sastera lama] bentuk hidung yang cantik;
mendasun seperti dasun;
~ tunggal bentuk hidung yang cantik.
data
butir atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian (analisis atau kesimpulan);
~ sandar (Komputer) salinan pendua maklumat dalam komputer, yang disimpan dalam disket, cakera dan sebagainya untuk tujuan keselamatan.
datafon
(Komputer) peranti yang membolehkan perhubungan data dijalankan melalui rangkaian talian telefon.