debap

bunyi seperti bunyi kena tampar atau barang yang ringan jatuh, bunyi bap-bap;

berdebap-debap berbunyi bap-bap:
jantungnya ~ kedengaran memukul dadanya.

debar

denyut (jantung, nadi):
~ jantungnya makin cepat;
debaran jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya;

berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (berkenaan (dengan) jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dan sebagainya):
ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~;

mendebarkan menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dan sebagainya):
penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yang ~ jantung hati;
saya baru saja mendapat berita yang ~;

debaran
1. debar;

2. (Perubatan) denyutan jantung yang terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi;

perdebaran denyutan (jantung, nadi) yang agak kencang, debaran.

debat

bahas, perbahasan:
majlis ~ pada malam itu tidak jadi diadakan;

berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yang bertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara, berbahas:
mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan untuk ~ di muka umum;

mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dan lain-lain) dengan mengemukakan alasan atau hujah, membahas;

mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan:
ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik;

perdebatan pertukaran fikiran biasanya yang bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dan lain-lain) dengan masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dan sebagainya), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan:
~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pada hari Khamis;

pendebatan perihal (perbuatan dan sebagainya) mendebatkan atau memperdebatkan:
soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan;

pendebat orang yang berdebat (mendebat), pembahas.

debek

1. [Kelantan] tidak bertanduk (berkenaan (dengan) lembu, kerbau), dogol;

2. bodoh, lemah.

debentur

surat akuan yang dikeluarkan oleh syarikat, agensi kerajaan dan sebagainya sebagai tanda penerimaan wang yang dipinjamkan kepadanya pada kadar bunga yang tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan.

debik I

bunyi seperti bunyi orang menepuk sesuatu;

mendebik menepuk, menampar;
~ mata parang (peribahasa) melawan orang yang berkuasa.

debit

1. catatan jumlah wang yang dikeluarkan daripada akaun bank seseorang;

2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat;

mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun:
jika seseorang itu berhutang kepada kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu.