debus

1. bunyi hembusan angin, bunyi seperti bunyi burung mengibaskan kepaknya (daun kayu ditiup angin dan lain-lain);

2. tidak kena memangkah (dalam permainan gasing);

3. tidak mendapat atau menghasilkan sesuatu apa:
beberapa kali si Kantan menebar jalanya, terkadang-kadang lekat dan terkadang-kadang ~;

berdebus berbunyi seperti bunyi angin berhembus (burung mengibaskan sayap, daun-daun kayu ditiup angin, dan lain-lain).

debut I

bunyi seperti bunyi angin keluar dari lubang yang sempit (seperti bola kena paku dan sebagainya).

debut II

pertama kali memperlihatkan diri kepada umum (dalam sandiwara, permainan, dan lain-lain).

decap

bunyi seperti bunyi orang mengecap makanan;

berdecap-decap berbunyi seperti bunyi orang mengecap makanan;

mendecap-decap membunyikan decap (kerana hairan, pelik, dan lain-lain).

decit

= decitan bunyi seperti bunyi anak burung (anak ayam, tikus, dan lain-lain);

berdecit, mendecit berbunyi seperti bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dan lain-lain):
burung-burung yang malang itu berlompatan, sekali-sekala ~.