[kata seru] kata untuk mengejek (menghina dan lain-lain).
circir
sejenis loceng atau genta kecil.
ciri I
sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya daripada yang lain);
~ seks sekunder (Biologi) ciri haiwan jantan (atau betina) yang membezakannya daripada haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yang membezakannya daripada wanita, akibat pengaruh hormon;
bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yang tertentu):
sajak kucing pula dianggapnya lebih ~ prosa daripada puisi;
mencirikan menjadi ciri (kepada), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu:
kepelbagaian yang ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara;
kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yang dihadapi oleh sebarang sistem;
pencirian perbuatan mencirikan sesuatu:
teori ini bergantung pada ~ kebenaran.
ciri II
[sastera lama] doa atau mantera yang dibaca sewaktu raja ditabalkan:
Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana.
cirit
1. tahi cair;
2. keladak, endap-endap, hampas;
3. = ~-birit sakit terberak-berak;
~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur);
~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air;
~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak);
menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya (peribahasa) menginginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh;
termakan (di) ~ berendang (peribahasa) termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang;
mencirit terberak cair;
menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dengan cirit:
maka ia turun ke kolam hamba yang dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya;
menciritkan memberakkan;
~ tunjang [Minangkabau] beranak;
tercirit terkeluar cirit, terberak cair.
cis I
[kata seru] kata untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dan lain-lain);
mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kepada):
kerana perbuatan kau yang keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.
cis II
senapang ~ [bahasa percakapan] senapang yang menggunakan patrum kecil.
cit I
bunyi seperti bunyi anak burung dan lain-lain.
cit II
kain cita;
= encit.
cit III
[kata seru] kata untuk menyuruh gajah datang dekat.