cirit

1. tahi cair;

2. keladak, endap-endap, hampas;

3. = ~-birit sakit terberak-berak;
~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur);
~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air;
~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak);
menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya (peribahasa) menginginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh;
termakan (di) ~ berendang (peribahasa) termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang;

mencirit terberak cair;

menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dengan cirit:
maka ia turun ke kolam hamba yang dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya;

menciritkan memberakkan;
~ tunjang [Minangkabau] beranak;

tercirit terkeluar cirit, terberak cair.

berkongsi