~ ku sejenis ikan darat, Carassius auratus.
cita I
1. rasa, perasaan;
2. keinginan, hasrat;
3. gagasan, idea;
4. [sastera lama] cipta, angan-angan, fikiran:
kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~;
5. cinta, rindu (akan):
jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda;
cita-cita
1. harapan, hasrat, keinginan (yang kuat):
seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dengan anak bininya;
~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak;
2. maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan:
aku rintang pekerjaannya itu dengan ~ yang luhur;
bercita-cita
1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita:
kita bukan hidup sebagai haiwan yang tidak ~;
2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan):
sebagai pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yang bebas dan aman makmur;
mencita [sastera lama] menciptakan, mewujudkan sesuatu dengan kuasa batin (sakti):
masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dalam laut;
pucuk dicita ulam mendatang (peribahasa) yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki;
mencita-cita, mencita-citakan
1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan:
dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yang dicita-citakan itu akan musnah;
2. membayangkan dalam fikiran, menggambarkan (melukiskan) kepada:
dalam ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yang akan dibentuk untuk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat.
cita II
sejenis kain daripada kapas untuk dibuat pakaian (berbunga-bunga atau berwarna).
cita rasa
1. rasa seperti sedap (lazat dan sebagainya);
2. kegemaran dan pilihan, kegemaran dan kecenderungan:
setiap penonton mempunyai keinginan, ~ atau pandangan yang tertentu, khusus untuk sesebuah rancangan terbitan RTM;
bercita rasa mempunyai cita rasa;
bercitarasakan mempunyai atau berdasarkan sesuatu sebagai cita rasa:
adalah bagus sekiranya perlumbaan ini ~ budaya Malaysia.
citah
sejenis binatang liar di Afrika yang bertompok seperti harimau bintang, Acinonyx jubatus.
citra
1. [sastera lama] gambar, lukisan, arca.
2. gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi, dan lain-lain):
yang menarik tentang cerita tersebut ialah usaha Arena Wati untuk membina ~ wanita;
bercitra memiliki atau mempunyai gambaran tentang peribadi seseorang (barangan dan lain-lain);
citraan kaedah (cara) membentuk gambaran seseorang atau sesuatu;
kecitraan hal (sifat) yang berkaitan dengan citra;
percitraan perihal bercitra:
pelbagai aspek sastera seperti tema, plot, ~ dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu.
ciu I
sejenis tikar tebal tiga rangkap yang dihias dengan emas (perak);
jikalau kita duduk di atas ~ emas sekalipun, namun hati tiada senang jua (peribahasa) jika hati tidak suka, bagaimana senang pun, tetap berdukacita juga.
ciu II
sejenis minuman keras, arak.
cium
= ciuman;
bercium
1. menyedut dengan hidung antara satu dengan lain (untuk menyatakan rindu, sayang, dan lain-lain):
semuanya berpeluk ~ dengan Indrajit;
2. berkucup;
bercium-ciuman saling menyedut dengan hidung atau saling mengucup (untuk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dan sebagainya):
cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~;
mencium
1. menyedut sesuatu dengan hidung (untuk mengetahui bau):
kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini;
2. menyedut pipi (ubun-ubun dan lain-lain) orang dengan hidung:
maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dengan tangisnya;
3. melekatkan atau mengenakan bibir pada sesuatu, mengucup;
4. [kiasan] mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dan lain-lain), mengetahui sesuatu hal yang terselindung (dirahsiakan dan lain-lain), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dan lain-lain:
belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yang sebenar;
5. [bahasa percakapan] melanggar, berantuk, terbentur (pada):
kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti;
6. menikmati:
melainkan tidak akan ~ bau syurga;
menciumi
1. mencium berulang kali:
dia ~ anaknya untuk melepaskan perasaan rindu dendamnya;
2. [kiasan] menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara:
mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yang disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu;
tercium
1. dapat mencium, mendapat bau;
2. mencium atau dicium dengan tidak sengaja;
3. [kiasan] mendapat tahu (maklumat, keterangan, dan lain-lain), telah diketahui:
telah ~ olehnya jejak kita;
ciuman
1. sedutan dengan hidung;
2. kucupan;
perciuman perbuatan bercium;
penciuman
1. perihal (perbuatan) mencium(i);
2. pencium:
~ Si Tenggang sangat tajam;
pencium
1. deria bau, pancaindera untuk mencium:
tiap-tiap manusia memiliki hidung sebagai alat ~;
2. orang yang mencium.
ciur
= ciu I.