ci III

[seruan]

1. [Kedah] kata untuk memanggil gajah;

2. [Kelantan] kata untuk menyuruh lembu (kerbau) berjalan dan lain-lain.

CIA

kep Central Intelligence Agency (Agensi Perisik Pusat, iaitu agensi Amerika Syarikat yang tugasnya ialah mendapatkan dan mengumpulkan maklumat rahsia terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan negara).

ciabit

ubi ~ sejenis tumbuhan yang berumbi, ubi jabet, ubi ciapet, Dioscorea pentaphylla.

ciah-ciah

[Selangor] berkelakuan bebas atau berbuat sesuka hati saja (pada tempat yang berpenunggu dan lain-lain).

ciak I

bunyi seperti bunyi anak ayam (burung);
~-ciap = ~-miak bermacam-macam bunyi ciak.