menciau berkayuh (mengayuh) sambil berdiri (dengan menggunakan pengayuh panjang).
ciau II
terciau terselak (hingga nampak anggota seperti melukah):
kain ~.
ciau III
periuk tanah tempat memasak air dan lain-lain.
ciau IV
= ciu I.
cicah I
= cecah I.
cicah II
sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Bignoniaceae, Stereospermum spp.
cicak
sejenis reptilia kecil (badan dan ekornya panjang dan kakinya empat), Hemidactylus spp.;
~ kubin
a) sejenis reptilia, Draco volans;
b) [kiasan] (orang yang) sangat kurus;
~ terbang sejenis reptilia, Ptychozoon kuhli;
seperti ~ makan kapur (peribahasa)
a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri;
b) bersenang hati (gembira).
cici
= cicit I.
cicih
rumput ~ sejenis tumbuhan (rumput), rumput buah, rumput macap merah, rumput sabut, Daemonorhops hystrix;
rumput ~ = rumput ~ minyak sejenis tumbuhan (rumput), rumput duduk, rumput kusum, Daemonorhops calicarpus;
rumput ~ landak sejenis tumbuhan (rumput), rumput air, rumput cernang (jernang).
cicik I
jijik, meluat;
mencicik menganggap cicik, membenci, menghina:
orang miskin jangan dicicik.