CID

[kependekan] Criminal Investigation Department (Jabatan Siasatan Jenayah).

cigak

[Minangkabau] kera;
bertukar beruk dengan ~ (peribahasa) tidak ada perubahan (sama sahaja halnya).

cih

[kata seru] kata untuk menyatakan marah (jijik, tidak suka, dan lain-lain):
~ celaka kau Hitam!

cik I

singkatan bagi kecik (kecil):
pak ~
a) bapa saudara yang muda sekali;
b) panggilan yang biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpada bapa kawannya atau orang yang sebaya dengan bapanya).

cik II

singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali):
C~ Aminah.