[Cina] anak daripada cicit.
cialat
[Kelantan] [bahasa percakapan] celaka.
ciang I
[Cina] menunggangi, menaiki.
ciang II
= cang IV.
ciap
bunyi seperti bunyi anak ayam (burung);
~-miap bermacam-macam bunyi ciap;
se~ bagai ayam, sedencing bagai besi (peribahasa) sama-sama susah, sama-sama senang (seia sekata);
menciap, menciap-ciap berbunyi ciap(-ciap).
ciap-ciap
sejenis burung, cicit, siul, Rollulus roulroul.
ciapit
sejenis tumbuhan (pokok), gading jantan, semangkuk jantan, Coffea malayana.
ciar
menciar-ciar memekik-mekik (bunyi seperti bunyi kanak-kanak menangis);
terciar-ciar terpekik-pekik, terkuak-kuak:
anak kecil itu menangis ~ kerana lapar susu.
ciarik
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar riang-riang rimba, Vitis wrayi;
akar ~ putih sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Mallotus repandus.
cias
tidak sabar, meradang.