cewek

[bahasa percakapan]

1. [Indonesia] perempuan yang masih muda;

2. teman wanita.

cewi

[Kelantan], [Perlis] suka menunjuk-nunjuk, suka menggaya (memakai pakaian yang cantik-cantik dan lain-lain).

CGPA

[kependekan] Cumulative Grade Pointer Average (purata nilai gred kumulatif, iaitu sistem pengiraan himpunan markah pelajar di institusi pengajian tinggi tertentu):
kursus itu ditawarkan kepada lulusan Diploma ITM dan UTM yang mendapat tidak kurang daripada 2.5 ~.

chalet

sejenis rumah yang dibuat daripada kayu sebagai tempat penginapan sementara untuk pecuti atau pelancong:
tempat menginap tidak menjadi masalah kerana di pantai-pantai ini terdapat banyak ~.

Che Wong

penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di pinggir daerah Raub dan Temerloh Pahang.

CHOGM

akronim bagi Commonwealth Heads of Government Meeting (Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel).

ci I

ukuran berat sebanyak 1/10 tahil atau 3.78 gram (bagi menimbang candu).