cetek

1. tidak dalam (berkenaan (dengan) sungai dan lain-lain), tohor, cangkat, dangkal:
binatang ini hidup di air yang ~ dekat pantai;

2. tidak dalam atau tidak tinggi (berkenaan (dengan) ilmu pengetahuan), dangkal:
pengetahuannya tentang perkara itu amat ~;
dalam menyelam ~ bertimba
(peribahasa) hasil yang sedikit itu digunakan dengan berpada-pada;

mencetekkan menjadikan cetek, menohorkan, mendangkalkan, mencangkatkan:
~ sungai;

kecetekan
1. perihal (keadaan) cetek (berkenaan (dengan) sungai, telaga, dan sebagainya), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan;

2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan:
~ pengetahuannya jelas pada hujah-hujahnya.

cetera I

[sastera lama] payung kebesaran kerajaan seperti payung iram-iram (ubur-ubur dan lain-lain);
~ jantung [Indonesia] urat pipih yang menyekat rongga dada dan rongga jantung.

cetera II

cerita, ceritera:
demikian mula ~nya;

menceterakan menceritakan:
adapun diceterakan oleh orang yang punya cetera ini.

ceteria

[sastera lama] anak raja-raja, kesateria:
maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara hulubalang, masing-masing pada martabatnya.

ceti I

1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yang mengenakan bunga yang tinggi;
~ haram along;

2. orang India dari Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga).

ceti II

tali barut (menghubungkan perempuan dengan laki-laki), muncikari, pinang muda, barua, jaruman, alku, ibu ayam;

menceti menjadi tali barut (menghubungkan perempuan dengan laki-laki).