cemani

[Jawa] hitam seluruhnya (hingga ke tulang-tulangnya);
ayam ~ ayam yang hitam seluruhnya, ayam selasih.

cemantung

sejenis tumbuhan (pokok kecil), kelupung air (burung), Ficus alba;
~ gajah (maja)
sejenis tumbuhan (pokok kecil), kuku balam, petaling tanduk, Aporosa prainiana;
~ merah
sejenis tumbuhan (pokok), lempedu burung, medang asam, Elaeocarpus mastersii.

cemar I

1. tidak bersih, kotor;

2. [kiasan] tidak murni atau tidak baik (berkenaan (dengan) nama, perkataan, dan lain-lain):
nama ayahnya kini sudah ~;
membawa ~
datang bulan (haid);

bercemar mengotorkan diri;
~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dengan bercampur dengan orang yang lebih hina dan lain-lain):
mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dengan si Jebat;
~ duli
= ~ (-cemar) kaki [sastera lama] mencemar duli:
silalah tuanku dengan Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yang putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid);

mencemar ~ duli [bahasa halus] (digunakan pada sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke:
baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dengan rombongannya;

mencemari
1. mengotori:
sampah-sarap yang ~ tempat ini;

2. menodai, mencabuli (nama dan lain-lain):
gadis itu ~ kesucian dirinya;

mencemarkan
1. menjadikan cemar, mengotorkan;

2. [kiasan] memburukkan (nama dan lain-lain), mengejikan:
kau ~ nama keluargamu;
berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita;

tercemar dicemar;

kecemaran
1. kekotoran;

2. keburukan (nama dan lain-lain), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya daripada ~ yang dilakukan oleh orang lain;

pencemaran perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran;
~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya;
~ bahasa penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat;

pencemar
1. orang yang mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dan lain-lain);

2. bahan atau alat yang mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dan lain-lain):
gas ini, seperti ~ yang lain, amat berbahaya.

cemar II

~ hantu sejenis tumbuhan yang hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis.

cemara I

1. bulu ekor kuda (lembu dan lain-lain) yang dijadikan rambu perhiasan pada tombak (parang dan lain-lain):
~ tombaknya seperti bunga lalang;

2. bulu ekor kuda (lembu dan lain-lain) yang diberi bertangkai untuk dijadikan kipas (menghalau lalat dan lain-lain);

3. rambut tambahan (daripada rambut, nilon, dan lain-lain) yang digunakan untuk memperbesar sanggul;

4. sesuatu yang menyerupai bulu ekor kuda (seperti bulu jagung dan sebagainya);
~ babi sejenis tangkal.

cemas

1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang):
dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya;

2. = cemas-cemas hampir-hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris:
masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur;

bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang);

mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakuntukan, membimbangkan, merisaukan:
sikapnya yang kasar itu ~ aku;

tercemas gelisah, bimbang, khuatir;

kecemasan
1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran:
mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan;

2. keadaan bahaya, darurat:
setiap saat mereka berada dalam keadaan bahaya dan ~;

pencemas
1. lekas berasa cemas;

2. orang yang lekas berasa cemas, penakut.

cemat I

sauh ~ sauh terbang (sauh yang dilemparkan untuk menarik sesuatu seperti perahu dan lain-lain);
tali ~ tali penarik perahu dan lain-lain;

mencemat menarik pukat (perahu dan lain-lain) dengan tali yang diikatkan padanya:
mereka bergilir-gilir ~ pukat tarik itu ke darat.