sejenis burung seperti kedidi atau berkik.
cema
[Minangkabau] tuduh;
mencema menuduh, mengadukan (kpada hakim);
tercema tertuduh.
cemabai
[Johor];
bercemabai bercarik-carik (berkenaan (dengan) kain dan lain-lain), berjerabai.
cemahang
penyakit atau akibat buruk (kerana sumpah gajah, pohon kayu, dan lain-lain).
cemak
[Terengganu], [Kelantan];
~ mana banyak mana, berapa banyak.
cemamai
bercemamai koyak-koyak, bercarik-carik (berkenaan (dengan) kain dan lain-lain).
cemamar
1. sejenis tumbuhan (pokok renek), cama, (se)cerek, kemantu hitam, semeru, Clausena excavata;
2. sejenis tumbuhan (pokok kecil), cerek-cerek, secerek, senaguh, Micromelum hirsutum;
3. = ~ jantan sejenis tumbuhan (pokok kecil), cerek-cerek, cerek putih, kayu saga, kematu, tetimah jantan, Micromelum minutum (pubescens).
cemamping
koyak-koyak, compang-camping.
cemangi
yu ~ sejenis ikan yu.
cemangkih
cemongkah-~ congkah-cangkih;
=cemongkah.