sejenis permainan judi dengan daun terup kecil.
cemeh III
[Terengganu] keadaan mata yang tidak dapat celik dengan selesa (kerana kurang tidur dan lain-lain):
Samad baru bangun tidur. Matanya masih ~ lagi.
cemek I
= cemeh I.
cemek II
[arkaik];
remeh-~ remeh-temeh.
cemeki
= jemeki.
cemekian
sejenis tumbuhan (pokok yang bijinya dibuat julap), cengkian, jemekian, jemikian, Croton tiglium.
cemengkian
cemekian.
cemer
= cemeh I.
cemerkap
tidak cermat (dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan lain-lain), kasar;
kecemerkapan keadaan (sifat) cemerkap;
kelalaian:
tiga orang daripada mereka berasa kecewa oleh sebab ~ sahabat mereka.
cemerlang
1. bersinar (bercahaya) dengan terang, berkilauan, gilang-gemilang:
bintang-bintang ~ pada malam itu;
2. [kiasan] indah (elok) sekali:
jangan lekas percaya pada janji-janji yang ~ dan kata-kata yang bergula;
3. [kiasan] (berkenaan (dengan) kejayaan, keputusan peperiksaan, dan sebagainya) sangat baik:
kejayaan ~;
mencemerlangkan menjadikan sesuatu cemerlang, menggemilangkan:
cita-citanya untuk ~ seni budaya tempatan akan menjadi kenyataan;
kecemerlangan [kiasan] keelokan, keindahan, kegemilangan:
nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam.