cawat I

kain (kulit kayu dan lain-lain) penutup kemaluan;
~ besi sejenis alat yang dipakai oleh wanita pada zaman dahulu untuk menghalang mereka daripada melakukan hubungan seks di luar nikah:
sejak awal abad kedua belas lagi, ~ besi telah dimanfaatkan oleh suami yang mencurigai kesetiaan isteri mereka;

bercawat memakai cawat;
~ ekor (berkenaan (dengan) anjing) menutup lubang dubur dengan ekor dan dikepit di antara kaki belakang;
sepuluh jong masuk, anjing ~ ekor juga (peribahasa) betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi kita (dia, mereka) tetap seperti keadaan yang lama juga;

mencawatkan mengikat (kain dan lain-lain) menjadi cawat.

cawis

[Jawa], [sastera lama] sedia;

bercawis bersedia:
baiklah yayi Aji kembali ke karangan ~ kerana petang sekarang kakang mulai berjaga-jaga.

Cd simbol kimia bagi kadmium.

CD-ROM

(Komputer) [kependekan] compact disc read-only memory (cakera padat-ingatan baca sahaja).

cebak

mencebak menggali (tanah, barang galian):
~ tanah;
~ timah;

cebakan
1. galian;

2. barang apa yang dicebak, barang galian.