ceber

menceber mencebik;

menceberkan mencebikkan, mengejek:
mereka bersorak-sorak ~ dia.

cebet

mencebet membawa sesuatu dengan lengan diluruskan ke bawah, membimbit:
tangannya ~ sebuah baldi.

cebik

mencebik menyorongkan bibir bawah ke depan (seperti orang mengejek atau hendak menangis), menjebik:
dia bertanya mengejek dengan ~;

mencebikkan
1. menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci, dan sebagainya):
Ah, bekerja buat apa! katanya dengan ~ bibirnya;

2. menghina (mengejek dan lain-lain) dengan bibir mencebik:
kalau hendak dicebikkan orang, cakaplah macam itu;

tercebik-cebik mencebik seperti hendak menangis:
ia ~ menahan air matanya;

cebikan

hasil perbuatan mencebik, apa-apa yang dicebikkan:
dia bertanya dengan ~ kecil;

= sebik.

cebis

carik, cebir, serpih;
se~ secebir, secarik;

mencebis mencarik, memotong sedikit;

cebisan barang apa yang sudah dicebis, potongan kecil, serpihan.

cebok

1. pencedok air;

2. = bercebok membasuh punggung (kemaluan) selepas buang air besar (air kecil):
mereka keluar sebentar untuk memberinya kesempatan ~;

mencebok
1. mencedok (dengan cebok, gayung, dan lain-lain);

2. = menceboki membersihkan punggung (kemaluan) selepas buang air besar (air kecil):
~ punggung adik kecilnya.