cebol

orang yang terlalu pendek;
seperti si ~ hendak mencapai bulan = si ~ rindukan bulan (peribahasa) ingin melakukan (mendapat) sesuatu yang tidak mungkin tercapai;

= cabul II.

cebur

bunyi seperti bunyi benda dibuang ke air;

mencebur
1. terjun ke air;

2. membuat bunyi cebur;

menceburi memasuki serta giat dalam (sesuatu bidang kegiatan), melibatkan diri dalam, melibati:
sebahagian besar ahli mahukan koperasi ~ bidang perniagaan yang lebih menguntungkan;

menceburkan
1. membuang (mencampakkan) sesuatu ke air;

2. menyebabkan termasuk ke dalam sesuatu atau berada dalam sesuatu keadaan (biasanya yang tidak menyenangkan):
ini telah ~ Islam ke dalam proses pensekularan yang tidak masuk akal; ~ diri
a) terjun ke dalam (air dan lain-lain);
b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dan lain-lain):
~ diri dalam lapangan sukan;

tercebur
1. termasuk (terjatuh) ke dalam air (telaga dan lain-lain);

2. termasuk ke dalam (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dan lain-lain):
kau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan;

penceburan perihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan:
bidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dengan ~ para cendekiawan pada masa itu.

cecadu

sejenis kelawar yang memakan buah;
~ gajah sejenis kelawar, Cynopterus sphinx;
~ gua
sejenis kelawar, Eonycteris spelea;
~ madu
sejenis kelawar, Macroglossus lagochilus.

cecah I

sececah
1. sekejap, sebentar:
setelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang;

2. sedikit, secolek:
bukan hendak banyak, hanya ~ sahaja;

bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit;

mencecah kena (sedikit) pada, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dan lain-lain):
usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut;
~ bumi
menjejak (memijak) bumi;
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (peribahasa) banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit;

mencecahkan mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pada:
tangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula;

tercecah terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pada:
apabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang.

cecair

bahan yang cair sifatnya dan dapat mengalir dengan bebas tanpa bentuk tertentu, misalnya air dan minyak, cairan:
apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~;

mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal atau gas) menjadi cecair, menjadikan cecair:
suhu yang sangat tinggi diperlukan untuk ~ kaca;

pencecairan proses mencecairkan:
~ gas.

cecak II

[Minangkabau];

mencecak
1. mencubit;
~ tonggak memulakan memahat tiang rumah dengan mengadakan istiadat;

2. mencuri, mencopet;

pencecak pencuri, pencopet.

cecap

mencecap
1. menjilat dan mengemam (mengecap) makanan untuk merasa manisnya (masinnya dan lain-lain):
sebelum disaji, dicecapnya gulai itu;

2. [kiasan] merasai, menikmati:
~ kebahagiaan hidup.