cecincin

sesuatu yang berbentuk seperti cincin:
~ kunci; selnya kelihatan berbentuk seperti ~ apabila dilihat dengan menggunakan mikroskop.

cecunguk

1. (Sunda) lipas;

2. [Indonesia] [bahasa percakapan] mata-mata gelap (pada zaman penjajahan).

cedak

[Pahang] sejenis tudung yang dibuat daripada mengkuang (untuk melindungi sesuatu atau seseorang daripada hujan).

cedera I

1. cacat, cela (sedikit):
tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini;

2. luka (patah tulang dan sebagainya):
tiga orang telah ~ dalam kemalangan itu;

3. menderita, merana, celaka, rugi:
kena ~ [Minangkabau]
a) didatangi musuh dengan tiba-tiba, digeledah dengan tiba-tiba;
b) dianiayai (dicelakakan) orang;
c) menderita kerana pekerjaan berat dan lain-lain;

mencedera [Minangkabau] mendatangi (menggeledah) dengan tiba-tiba;

mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dan sebagainya):
mereka telah ~ beberapa orang musuh;

tercedera
1. mendapat cedera (luka, patah, dan sebagainya):
ayah Hilmi ~ dalam satu serangan;

2. [Minangkabau] merana;

kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dan sebagainya):
bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~.

cedera II

pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran;

bercedera bertelingkah, berselisih, bertengkar;

kecederaan hal atau keadaan cedera;

percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran.

cedera III

1. mungkir janji, tidak setia, berkhianat;

2. pembunuhan (penyerangan dan lain-lain) dengan tidak berterang-terangan (tipu daya);

mencedera, mencederakan
1. mengkhianati;

2. membunuh (menyerang dan lain-lain) dengan diam-diam (tipu daya);

kecederaan khianat, keadaan tidak setia;

pencederaan perihal (perbuatan) mencedera(kan).

ceding I

(berkenaan (dengan) kanak-kanak, pokok, binatang, dan lain-lain) kecil, kurus, kerdil;
~ padi tunas padi.