segar.
cegar III
1. sejenis burung, Enicurus leschenaulti frontalis;
2. sejenis burung, kelicap belukar, Enicurus ruficapillus;
~ besar sejenis burung, Enicurus schitacous.
cegat I
tercegat tertegak, berdiri tegak, tercancang:
berdiri ~ bagai patung;
kami berdua ~ di tangga itu;
tercegat-cegat sebentar-bentar berdiri tegak, terdiri-diri:
sejak tadi mereka berdiri ~ menunggu bas.
cegat II
[Jakarta];
mencegat mengadang (di jalan dan lain-lain), memegat, menahan;
pencegatan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegat.
ceguk
teguk.
ceh
[Terengganu] menyalakan api dengan menggunakan mancis:
tolong ~, aku hendak hisap rokok.
cek I
perintah bertulis kepada bank supaya membayar wang sebanyak yang dinyatakan;
~ berpalang cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan;
~ kembara cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapatkan mata wang asing;
~ kosong cek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya;
~ lambung = ~ tendang cek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan;
~ luar cek yang bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yang menerbitkan cek berkenaan;
~ luput cek yang sudah lepas tarikh lakunya;
~ pembawa cek yang boleh ditunaikan oleh pembawanya;
~ tempatan cek yang bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yang sama dengan bank pelanggan yang menerbitkan cek itu;
~ terbuka = ~ tunai cek (tidak berpalang) yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa saja yang mengemukakannya kepada bank.
cek II
[bahasa percakapan] memeriksa ada tidaknya atau benar tidaknya (barang, kira-kira, dan lain-lain).
cek III
1. [Kelantan] panggilan pada ayah atau emak;
2. [Pulau Pinang] saya (dipakai oleh orang yang lebih muda apabila bercakap dengan orang yang lebih tua);
3. [Kedah], [Pulau Pinang] awak, engkau, kamu (dipakai oleh orang tua apabila membahasakan orang muda atau kanak-kanak);
~ wa [Kelantan] nenek, datuk.
cek IV
~ mek molek [Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada keledek yang dilenyek, berbentuk lonjong, berisi gula pasir, dan digoreng.