cek I

perintah bertulis kepada bank supaya membayar wang sebanyak yang dinyatakan;
~ berpalang cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan;
~ kembara cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapatkan mata wang asing;
~ kosong cek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya;
~ lambung = ~ tendang cek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan;
~ luar cek yang bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yang menerbitkan cek berkenaan;
~ luput cek yang sudah lepas tarikh lakunya;
~ pembawa cek yang boleh ditunaikan oleh pembawanya;
~ tempatan cek yang bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yang sama dengan bank pelanggan yang menerbitkan cek itu;
~ terbuka = ~ tunai cek (tidak berpalang) yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa saja yang mengemukakannya kepada bank.

berkongsi