caul

kain ~
a) sejenis kain halus (asalnya dari sebuah bandar di pantai barat India);
b) selendang sutera.

caung

kempung atau cekung (berkenaan (dengan) pipi) kerana tidak bergigi atau kurus, cauk, cawak.

cauvinis

1. bersifat menunjukkan pendirian atau semangat yang keterlaluan (melampau) dalam memperjuangkan kepentingan kaum atau golongan tertentu:
tuduhan ini biasanya kurang tepat dan tidak berasas, malah menimbulkan sikap ~ di kalangan pelbagai kaum;

2. orang yang menunjukkan cauvinisme.

cauvinisme

1. sikap setia pada negara yang keterlaluan:
mereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme;

2. rasa cinta yang keterlaluan kepada sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dan lain-lain).

Caw. [kependekan] Cawangan.

cawan

bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) untuk minum kopi dan lain-lain, cangkir:
~ kopi;
~ pinggan
perkakas-perkakas tembikar;

bercawan-cawan beberapa banyak cawan:
sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga.

cawang

bahagian daripada sesuatu yang lebih besar, cabang;
~ tenggorok cabang batang tenggorok;

cawangan
1. bahagian (daripada pertubuhan, persatuan, syarikat, dan sebagainya):
persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan cawangan-cawangannya di negeri lain;

2. cawang;

pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yang diterima dari stesen penjana diubah bentuk untuk disalurkan kepada pengguna.

cawas

pengayuh buluh pada rakit (dipakai di tempat air dalam);

mencawas mengayuh (dengan cawas).