catat

mencatat
1. menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dan lain-lain) untuk peringatan (perhatian pada masa hadapan dan lain-lain):
seorang setiausaha harus dilantik untuk ~ minit mesyuarat itu;
cara-cara untuk ~ pengeluaran wang;

2. membuat, merintis, memelopori:
hari ini, hari yang paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru;

3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dan lain-lain):
ia telah ~ kemenangan dalam pertandingan itu;

mencatatkan
1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dalam buku, fail, dan lain-lain) untuk peringatan (tatapan pada masa hadapan dan lain-lain):
Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu;
tuan rumah itu ~ nama-nama orang yang berderma;

2. mendaftarkan (diri, nama);

3. menuliskan (merakamkan) untuk:
tolong catatkan saya nama ahli-ahli yang hadir;

tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub):
orang Yahudi sedia mengetahui darihal itu sebagaimana yang ~ dalam kitab mereka;

catatan yang telah dicatat, peringatan;
~ bawah = ~ kaki keterangan pada bahagian bawah muka surat, nota kaki;
~ harga keterangan berkenaan harga barang;
~ jiwa daftar bilangan penduduk (banci);
~ rapat [Indonesia] laporan ringkas berkenaan apa-apa yang dibicarakan dalam mesyuarat;

pencatatan perihal (perbuatan dan sebagainya) mencatat(kan);

pencatat
1. orang yang membuat catatan;

2. alat yang digunakan untuk mencatat.

catu

bahagian (makanan dan lain-lain) yang ditentukan jumlah atau banyaknya;

bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) untuk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup seperti air dan barang makanan);

mencatu
1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu:
makanan biasa dicatu dalam keadaan perang;

2. membahagi-bahagikan sesuatu dengan jumlah (banyaknya) yang telah ditentukan:
sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang;

mencatukan membahagikan sesuatu dengan jumlah (banyaknya) yang telah ditentukan atau dengan sedikit-sedikit;

catuan catu;

pencatuan perihal (tindakan dan sebagainya) mencatu(kan), pembahagian catu.

catuh

sejenis tumbuhan (pokok), bujang semalam bukit, temuras, Ardisia oxypylla.

catuk I

mencatuk
1. mematuk (memagut) dengan muncung atau paruh:
budak itu dicatuk ular;

2. mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dan lain-lain) dengan hujung benda yang tajam:
~ batang getah;
jangan dicatuk dengan yang tajam, cencang dengan yang majal
(peribahasa) menasihati orang jangan dengan perkataan yang tajam-tajam, tetapi dengan lembut dan berulang-ulang kali.