carut

perkataan yang keji dan kotor (cabul):
perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul;
~-capai = ~-marut
berbagai-bagai perkataan yang keji dan kotor;

bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor:
sampai beliau ~;
~ bungkang
[Minangkabau] mencarut-carut, memaki-maki;

mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor, memaki-maki:
kadang-kadang ~ dan meludah;

mempercaruti memaki-maki orang dengan perkataan yang keji;

carutan (perkataan, kata-kata) yang keji dan kotor, (kata-kata) yang cabul:
penyair menjauhkan kata-kata ~ yang kasar;

pencarut
1. suka mencarut;

2. orang yang suka mencarut.

cas I

mengecas menahan dengan kaki atau menyepak kaki orang (untuk menjatuhkannya):
orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya;

mengecaskan menjatuhkan dengan menahan (menyepak) kaki orang.

cas III

jumlah tenaga elektrik yang tersimpan di dalam sesuatu, misalnya kapasitor dan sebagainya:
~ elektrik;

bercas telah dicas:
bateri-bateri yang ~;

mengecas mengalirkan arus elektrik ke dalam bateri yang lemah untuk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama:
~ bateri;

pengecasan proses atau perbuatan mengecas:
kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan;

pengecas alat yang digunakan untuk mengecas:
dia mengecas baterinya dengan menggunakan ~ elektrik.

casis

1. rangka yang menyokong badan kenderaan (mis kereta):
nombor ~;

2. rangka yang padanya terletak bahagian-bahagian elektrik radio, TV, dan lain-lain.

cat

1. sejenis cecair berwarna yang disapukan pada dinding dan lain-lain (untuk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok);

2. sejenis bahan yang dicampuri cecair, digunakan dalam lukis-melukis;
~ air cat yang dicairkan dengan air;
~ alis penghitam (kening);
~ bakar [Indonesia] cat yang disemburkan;
~ batik [Indonesia] bahan yang digunakan untuk mewarnai kain batik;
~ bibir gincu bibir;
~ minyak cat yang dicairkan dengan minyak;

bercat memakai cat, diwarnai dengan cat:
sekeping papan ~ biru muda;

mengecat memberi bercat, mewarnai (permukaan seperti dinding dan lain-lain) dengan cat:
sekaliannya dicat dengan air emas;
~ dan menghiasi rumah;

catan lukisan (dengan cat):
studionya dipenuhi dengan ~ terbarunya;
~ minyak
seni lukis (gambar atau lukisan) yang menggunakan cat minyak;

pengecatan kerja (perbuatan dan lain-lain) mengecat (rumah dan lain-lain);

pengecat orang yang kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dan lain-lain).