carta

1. peta yang disediakan untuk membantu pelayaran atau penerbangan;

2. helaian yang memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dan lain-lain) dalam bentuk graf, jadual, atau gambar rajah;
~ alir = ~ aliran (Komputer) gambar rajah atau perwakilan grafik yang digunakan untuk menunjukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau untuk memaparkan langkah-langkah pemprosesan yang dilakukan;
~ pai sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan;
~ palang sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik yang menggunakan jalur yang sama lebar secara menegak atau mendatar untuk mewakili maklumat atau data;

mencartakan
1. merakamkan sesuatu maklumat dalam bentuk carta:
~ perubahan suhu setiap dua hari;

2. [kiasan] merangka atau menyusun sesuatu gagasan secara teratur:
penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air;

pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan:
~ pergerakan harga barang keperluan asas;

pencarta (Ekonomi) orang yang menggunakan carta tertentu untuk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pada masa hadapan.

carter

[bahasa percakapan] sewa bas, kapal terbang, dan lain-lain bagi tempoh, tujuan, dan orang tertentu.

caruk I

mencaruk
1. menoreh pohon (untuk mengambil getah, damar, dan lain-lain);

2. [sastera lama] mengupas kulit kayu.

caruk II

1. alur;

2. ceruk, teluk kecil;

bercaruk berteluk, berceruk:
pantainya yang ~;

= ceruk I.

carum

= caruman;

bercarum ada carumannya:
biaya tua ~;

mencarum membuat bayaran atau sumbangan (kpada kumpulan wang bersama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain):
dia tidak lagi ~ dalam KWSP;

mencarumkan memasukkan (modal, wang) ke dalam sesebuah syarikat:
dia ~ RM200 sebulan ke dalam syarikat insurans;

caruman
1. bayaran dari semasa ke semasa (kpada kumpulan wang bersama dan lain-lain), yuran;

2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (untuk membiayai keperluan selepas bersara);
~ tetap caruman yang dibuat pada waktu-waktu tertentu (mis pada hujung setiap bulan) dan secara berterusan;

pencaruman perihal (perbuatan) mencarum;

pencarum orang yang mencarum.