capuk

1. tompok(-tompok) pada sesuatu permukaan (seperti pada kulit muka, kain, dan lain-lain), borek;

2. = bercapuk(-capuk) mempunyai (banyak) capuk;

bercapuk, bercapuk-capuk mempunyai atau menampakkan (banyak) capuk (berkenaan (dengan) kulit dan lain-lain), bertanda capuk (berkenaan (dengan) kulit, kain, dan lain-lain):
mukanya bercapuk-capuk akibat sesuatu penyakit kulit;
beberapa helai pakaian lembap yang ditimbunkan sahaja semalaman itu ~ di beberapa tempat;

mencapukkan menjadikan bercapuk atau bercapuk-capuk:
dia ~ kertas putih dengan cat air.

cara

1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu:
kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah;

2. gaya (seperti bentuk, fesyen, rupa, dan lain-lain):
cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare;

3. laku, macam, ragam, seperti:
elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja;

4. adat resam, keadaan (aturan) yang lazim dilakukan, kebiasaan:
tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yang tertentu dan berhubung dengan ini pula terdapat larangan-larangan;

5. dalam bahasa atau loghat:
bertanya ~ Cina;

secara
1. dengan cara (jalan dan lain-lain):
ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam;
~ kasar dapat dijelaskan sebabnya;

2. sebagai, selaku:
hadapilah musuhmu ~ pahlawan;

cara-cara
1. berbagai-bagai cara;

2. aturan-aturan, contoh-contoh;

3. upacara.

carah

[Minangkabau];

bercarah sedikit-sedikit;

mencarah
1. memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil;

2. menjual berpotong-potong;

mencarahkan menjual sedikit-sedikit.

carak I

mencarak
1. kelihatan muncul (berkenaan (dengan) matahari);

2. membuka dan melihat daun terup.

carak II

mencarak
1. meminum air dengan mencucurkannya ke mulut;

2. memakan (menghisap) telur dari kulitnya;
~ benak mengambil untung dengan berlebihan, menghisap darah.